SUARA MAHASISWA

SALAM 1 MALAYSIA DAN SALAM MUHIBAH KEPADA SEMUA AHLI DAN PELAWAT YANG TURUT SERTA DALAM MENYUARAKAN SEBARANG PENDAPAT, PENGALAMAN DAN PANDANGAN KHUSUSNYA DALAM BERGELAR MAHASISWA/I.
 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 SKUAD hoki lelaki

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
avatar

Posts : 14
Points : 31
Reputation : 0
Join date : 15/02/2010

PostSubject: SKUAD hoki lelaki    Thu Oct 07, 2010 4:08 am

Skuad hoki lelaki gagal kutip tewas kepada tuan rumah

SKUAD hoki lelaki negara harus menyalahkan diri sendiri gagal mengutip mata gara-gara kealpaan apabila dipalit kecewa tewas kepada tuan rumah, India 3-2 dalam saingan Kumpulan A di Stadium Kebangsaan Dhyan Chand, lewat malam tadi. Anak didik Stephen van Huizen anehnya mendahului dua kali dalam perlawanan penting itu menerusi Hafifi Hafiz minit ke-11 dan Azlan Misron (m-33) tetapi lawan bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan Dhanrak Mahadhik (m-24) dan Sandeep Singh (m-35) sebelum mendapat gol kemenangan hasil ledakan padu Bharat Chikara, tiga minit sebelum tamat. Malaysia akan bertemu satu lagi wakil Asia, Pakistan dalam perlawanan kedua malam ini dan andai gagal mengutip mata bererti peluang ke separuh akhir boleh dianggap tertutup.

Dalam perlawanan lain kumpulan sama, bekas juara dunia, Pakistan mudah menewaskan Scotland 3-0.

Sementara itu, cabaran skuad hoki wanita negara tersentak selepas dibelasah pasukan elit, New Zealand 5-0 dalam saingan Kumpulan B.

Selepas merakamkan kemenangan bermoral mengatasi Kanada 3-2, kelmarin skuad negara gagal mengulangi rentak sama dan New Zealand - pasukan ranking ketujuh dunia - bertindak di penghujung babak pertama untuk menyumbat dua gol menerusi Anita Putt pada minit ke-33 dan Kayla Sharland (m-35).
Pada babak kedua, lawan mendominasi permainan dengan penyerang mereka berkampung dalam kawasan 25 ela Malaysia. Gelagat itu tidak memeranjatkan apabila tiga lagi gol diledak menerusi Anna Thorpe (m-42), Charlotte Harrison (m45) dan Samatha Harrison (m60).

Anak didik Yahya Atan turun menentang Wales esok sebelum bertemu pasukan nombor lima dunia, England
Back to top Go down
View user profile http://suaramahasiswa.forumotions.net
 
SKUAD hoki lelaki
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SUARA MAHASISWA :: RUANG HOBI DAN SUKAN :: SUKAN-
Jump to: