SUARA MAHASISWA

SALAM 1 MALAYSIA DAN SALAM MUHIBAH KEPADA SEMUA AHLI DAN PELAWAT YANG TURUT SERTA DALAM MENYUARAKAN SEBARANG PENDAPAT, PENGALAMAN DAN PANDANGAN KHUSUSNYA DALAM BERGELAR MAHASISWA/I.
 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Universiti bukan tempat meraih sokongan parti kerajaan, pembangkang

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
avatar

Posts : 14
Points : 31
Reputation : 0
Join date : 15/02/2010

PostSubject: Universiti bukan tempat meraih sokongan parti kerajaan, pembangkang   Thu Oct 07, 2010 4:18 am

Mahasiswa berpolitik

2010/08/19


Universiti bukan tempat meraih sokongan parti kerajaan, pembangkang

SEJAK seminggu lalu, perbahasan isu mahasiswa berpolitik begitu hebat diperdebatkan. Baik di pihak mahasiswa mahupun kerajaan, masing-masing cuba menegakkan pendirian tersendiri sehingga menimbulkan polemik yang tidak berkesudahan. Biarpun sudah jelas keputusan kerajaan mengekalkan larangan berpolitik kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) awam, masih ada kedengaran suara kecil yang mengharapkan berlaku perubahan ke atas keputusan yang dibuat sebelum ini. Jalan bagi menghalalkan politik masuk ke kampus dicari termasuk saranan meminda semula Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sekali gus membuka peluang untuk berpolitik kepada mahasiswa.

Malah, salah satu resolusi Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA 2010 yang berlangsung di Bangi, Selangor baru-baru ini turut merumuskan wujud kepentingan untuk membenarkan mahasiswa terbabit dalam politik demi memenuhi keperluan pembangunan mahasiswa dan pembentukan dasar negara.

Persoalannya, politik bagaimanakah yang diharapkan daripada kelompok mahasiswa ini? Apakah mereka benar-benar cukup layak dan matang untuk terjun ke bidang politik? Sejauh mana keupayaan mahasiswa mengimbangi tanggungjawab hakiki menuntut ilmu?

Berkongsi pendapat mengenai isu itu, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Muhammad Zaki Omar, berkata universiti bukan tempat untuk berpolitik, apatah lagi jika membabitkan mahasiswa yang disifatkannya masih belum cukup menyerlah kematangannya dan pengetahuan untuk membicarakan isu politik secara serius.
Katanya, fungsi universiti sebagai gedung ilmu perlu dihormati dan kegemilangannya tidak wajar dicemari dengan kepentingan survival politik masing-masing bagi pihak kerajaan mahupun pembangkang.

“Saya berpengalaman dalam suasana pilihan raya kampus UTM sejak dua sesi lalu dan ia memberi peluang untuk saya berinteraksi dengan mahasiswa, bukan saja di UTM, malah IPTA lain di seluruh negara.

“Kesedaran dan kematangan mahasiswa belum cukup kuat dan ia dapat dilihat setiap kali berlangsungnya pilihan raya kampus di mana-mana IPTA.

“Biarpun dalam pilihan raya berskop kecil, wujud unsur provokasi, surat layang, gunting poster, bakar poster, rapat umum yang tegang dan kata mengata antara dua pihak.

“Sesetengahnya menganggap ia sebahagian strategi bagi memenangi pilihan raya dan ia berlaku kalangan mahasiswa yang dikatakan matang dan mempunyai daya intelektual yang tinggi.

“Unsur fanatik dengan kumpulan tidak dapat dielakkan sekalipun pilihan raya sudah tamat hinggakan di sesetengah kampus, Kabinet mahasiswa mengambil masa lebih daripada tiga bulan untuk dibentuk akibat masalah dalaman dan ketidaksepakatan antara calon yang menang,” katanya.

Jika idea berpolitik ini direalisasikan, beliau bimbang membayangkan situasi pilihan raya kampus akan datang apabila politik kepartian dibenarkan menjengah dan mengisi ruang kampus dengan bendera parti sebagai bukti dominasi parti politik di kebanyakan kampus.

Malah, katanya, tidak mustahil suatu hari nanti universiti akan dilabel sebagai universiti UMNO, MCA, MIC, PAS, PKR, DAP mahupun Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat dan ia tidak sewajarnya tidak berlaku di mana-mana universiti.

Sementara itu, Pengerusi Jemaah Yang Dipertua (YDP)/Presiden MPP IPTA Sidang 2009/2010, Ahmad Wafi Sahedan, berkata resolusi dicapai Konvensyen MPP IPTA baru-baru ini bukanlah satu keputusan muktamad mahupun rasmi, sebaliknya memerlukan kajian dan perincian teliti mengenai itu.

Katanya, sebahagian besar resolusi termasuk usul membenarkan mahasiswa berpolitik masih lagi dibincangkan di peringkat MPP khususnya kalangan YDP dan Presiden.

“Setiap resolusi yang dicapai bukanlah sesuatu yang muktamad, kami perlukan berbincang secara serius dalam konteks ilmiah selain mengalu-alukan input mahupun pandangan kalangan mahasiswa lain.

“Kita tidak mahu membuat keputusan terburu-buru yang mungkin suatu hari nanti dikhuatiri boleh menjejaskan keintelektualan mahasiswa sebagai barisan pelapis kepimpinan negara pada masa depan,” katanya.

Bagi mahasiswa Tahun Dua, Sarjana Muda Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Syed Kamil Al-Hady Syed Md Nasser, banyak kesan pro dan kontra mengenai isu itu terhadap mahasiswa, namun beliau merasakan tidak perlulah mahasiswa diseret ke kancah politik, apatah lagi menunjukkan kecenderungan mereka kepada sesetengah parti.

Katanya, soal kematangan mahasiswa bukannya boleh diukur kerana ia bersifat subjektif dan sebaiknya mahasiswa perlu sedar dengan tanggungjawab hakiki dipikul ketika berada di universiti.

INFO: Resolusi Konvensyen MPP IPTA 2010

Model Baru Ekonomi

•Mahasiswa perlu lebih kompetatif menerusi penerapan nilai keusahawanan dalam diri

•Mahasiswa perlu ada kekuatan bagi memasarkan diri di sektor swasta dan global

•Kaedah aplikasi MEB yang lebih terbuka dan mudah difahami masyarakat

Kefahaman Mahasiswa Mengenai Konsep 1Malaysia

•Perlukan gabungan kelab dan persatuan di universiti

•Penyerapan gerak kerja kesatuan pemikiran dan tindakan

•MPP menjadi penggerak terpenting dalam soal perpaduan

•Menjadi ejen penerangan dan penghebahan konsep 1Malaysia
Kebebasan Bersuara

•Mahasiswa perlu bebas dari mana-mana pihak

•Benarkan mahasiswa berpolitik yang bersifat segar dan sihat

Rumusan

•Konsep 1Malaysia dalam konteks negara bangsa perlu diterapkan menerusi sistem pendidikan di peringkat awal

•Wujud kepentingan kepentingan untuk membenarkan mahasiswa terbabit dalam politik demi memenuhi keperluan pembangunan mahasiswa dan pembentukan dasar negara

Bersikap positif, peka perkembangan isu semasa

“PENDIRIAN kerajaan terhadap isu itu sudah jelas dan mahasiswa sewajarnya akur dengan keputusan itu,” tegas Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Kepimpinan dan Latihan Universiti Malaysia (MAKLUM), berkata mahasiswa tidak perlu lagi mencari jalan atau mendesak kerajaan mengubah pendirian itu, malah perlu menghormati keputusan itu.

“Kita galakkan mahasiswa untuk peka dengan perkembangan dan isu semasa mengenai politik negara, tetapi untuk mahasiswa membabitkan diri dalam dunia politik bukanlah satu keperluan.

“Sebagai seorang yang berpengetahuan, mahasiswa perlu bersikap positif kerana apa saja yang diputus kerajaan bukan saja memberi kebaikan kepada mahasiswa, malah universiti. Tidak perlulah terlalu taksub untuk berpolitik, sekarang bukan masanya,” katanya.

Perspektif berbeza dilontarkan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang menyifatkan peluang mahasiswa berpolitik mampu meningkatkan kesedaran dan mengharmonikan pendidikan politik kalangan mahasiswa.

Setiausaha Agungnya, Abu Qassim Nor Azmi berkata pendirian itu bertitik tolak dari kebimbangan PKPIM terhadap menularnya kelompok yang “jelek politik” atau sindrom “politicophobia” di IPTA dan IPTS di Malaysia hasil dari konflik dan polemik yang berpanjangan dalam arus perdana kontemporari.

“Kita khuatir, sekiranya ia tidak dibendung, peristiwa seperti `Hari Tanpa Politik` yang pernah dianjurkan di Perancis akan menjadi budaya di negara kita yang pastinya menafikan kesyumulan makna hidup manusia.

“Peluang mahasiswa berpolitik adalah suatu proses penghakupayaan mahasiswa atau “youth empowerment” dan bukannya “party empowerment” yang menjurus kepada usaha meningkatkan sokongan generasi muda kepada parti tertentu,” katanya.

Back to top Go down
View user profile http://suaramahasiswa.forumotions.net
 
Universiti bukan tempat meraih sokongan parti kerajaan, pembangkang
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SUARA MAHASISWA :: SUARA SISWA/I :: SUARA BEBAS-
Jump to: