SUARA MAHASISWA

SALAM 1 MALAYSIA DAN SALAM MUHIBAH KEPADA SEMUA AHLI DAN PELAWAT YANG TURUT SERTA DALAM MENYUARAKAN SEBARANG PENDAPAT, PENGALAMAN DAN PANDANGAN KHUSUSNYA DALAM BERGELAR MAHASISWA/I.
 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Sidang akhbar Rahimi kecoh diganggu penyokong Anwar

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
avatar

Posts : 14
Points : 31
Reputation : 0
Join date : 15/02/2010

PostSubject: Sidang akhbar Rahimi kecoh diganggu penyokong Anwar   Thu Oct 07, 2010 4:14 am

Sidang akhbar Rahimi kecoh diganggu penyokong Anwar


2010/10/06
KLANG: Sidang akhbar oleh bekas pembantu kepada penasihat
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa dihentikan selepas
diganggu sekumpulan lelaki sebaik sahaja bermula. Semasa wartawan sedang sibuk menunggu apa yang bakal diutarakan olehMuhamad Rahimi Osman, di dalam satu bilik di sebuah restoran di sini kira-kira 4.05 petang tadi, mereka dikejutkan dengan jeritan suara "Oi Sudahlah
Rahimi Sudahlah" dan "Keluar, Keluar" berulang kali.

Kumpulan lelaki itu meminta Rahimi supaya menghentikan sidang akhbar itu dan
tidak membuat dakwaan terhadap Anwar yang kini sedang dibicarakan di atas
tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Mereka juga mengambil kesempatan memburuk-burukkan Muhamad Rahimi, yang juga
seorang ahli perniagaan, di hadapan media yang sedang menunggu kenyataan
daripadanya.

Bagaimanapun, Rahimi kemudian mengambil keputusan untuk menghentikan sidang
akhbar itu pada jam 4.30 petang dan beredar daripada bilik itu yang bukan
sahaja panas kerana gangguan daripada pihak luar tetapi kerana lebih daripada
30 pengamal media bersesak-sesak dalam bilik itu.

Pihak media yang khuatirkan keselamatan mereka turut bergegas keluar dan
merasa lega apabila melihat beberapa anggota polis telah berada di luar restoran
itu untuk mengawal keadaan.

Sementara itu, di luar restoran pembantu khas kepada Anwar mengenai kaum
India Suresh Kumar berkata tindakan Muhamad Rahimi itu akan meningkatkan lagi
tekanan kepada kes Anwar.

Bila ditanya kehadiran beliau pada hari ini sebagai penyokong Anwar, beliau
berkata:"Sudah tentu, saya mahu lindungi Datuk Seri (Anwar), kami kenal Rahimi,
saya kenal baik Rahimi dan (Mohd) Saiful."

Dia mendakwa Muhammad Rahimi mempunyai hubungan istimewa dengan Mohd
Saiful.

Difahamkan Muhamad Rahimi memanggil sidang media itu untuk mengeluarkan
kenyataan berkenaan laporan polis yang dibuatnya pada 3 petang tadi
terhadap dua akuan bersumpah yang ditandatanganinya mengenai kes liwat Anwar
dan Mohd Saiful pada 2008.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yuspo ketika dihubungi
mengesahkan bahawa Muhamad Rahimi membuat laporan itu di Ibupejabat Polis
Daerah (IPD) Klang Selatan.

Beliau tidak mengulas lanjut mengenai kandungan laporan itu tetapi
mengesahkan ia mengenai surat akuan sumpah yang ditandatangani oleh Muhamad
Rahimi.

Bagaimanapun, beliau berkata laporan itu telah diserahkan kepada IPD Shah
Alam kerana surat akuan bersumpah itu ditandatangani oleh Muhamad Rahimi di
Hotel Quality, Shah Alam. -- BERNAMA

Back to top Go down
View user profile http://suaramahasiswa.forumotions.net
 
Sidang akhbar Rahimi kecoh diganggu penyokong Anwar
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SUARA MAHASISWA :: INFO TERKINI :: BERITA TERKINI-
Jump to: